Friday, 19 July 2013

ARTROPODA ENTAMOLOGI PERUBATAN



1.0          PENGENALAN KEPADA ATROPODA

Atropoda ialah sejeneis filum yang terdiri daripada haiwan invertebrate dengan badan yang bersegmen. Ianya bermaksud tidak mempunyai tulang belakang dan jarak diantara kedua-dua badan adalah sama. Filum Arthropoda (dalam bahasa latin, Arthra = ruas , buku, segmen ; podos = kaki) merupakan haiwan yang memiliki ciri kaki beruas, berbuku, atau bersegmen.Segmen tersebut juga terdapat pada tubuhnya. Badan Arthropoda merupakan simeri bilateral dan tergolong tripoblastik selomata. Arthropoda adalah filum yang paling besar dalam dunia haiwan dan merangkumi serangga, laba-laba, kala jengking dan lain-lain.

            Tubuh Arthropoda beruas-ruas, dan terbagi atas caput atau kepala, thorax atau dada, dan abdomen atau perut. Mempunyai eksoskeleton (rangka luar) yang tersusun atas zat kitin. Sistem peredaran darah terbuka, dalam darah tidak mengandungi hemoglobin, sehingga darah hanya berfungsi mengedarkan sari-sari makanan dan oksigen diedarkan melalui sistem trakea. Artropod ada yang bernafas dengan trakea, insang, paru-paru buku, dan difusi melalui seluruh permukaan tubuh. Alat ekskresi berupa badan malphigi dan nefridia. Pembiakan secara seksual dengan peleburan gamet jantan (sperma) dan gamet betina (ovum). Mempunyai simetri tubuh dua hala, iaitu apabila dibelah dari satu paksi hanya menghasilkan sisi kanan dan sisi kiri.

            Tubuh serangga dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu: kepala, toraks, dan abdomen. Kepala terdiri dari satu segmen merupakan daerah yang jelas pembawa kebanyakan organ sensori serangga seperti mata, antenna, dan alat mulut. Toraks terdiri dari 3 segmen dan merupakan bagian yang terberat dari tubuh, dan pembawa kaki serta sayap bila telah ada. Abdomen terdiri dari 11 segmen atau kurang; biasanya ia tidak mempunyai anggota gerak, segmen pada bagian posterior mempunyai fungsi khusus untuk reproduks
2.0          CIRI-CIRI ATROPODA

·         Dikategorikan sebagai haiwan invertebrate dengan badan bersegmen.
·         Bersimetri bilateral dan apendaj yang bersambung.
·         Mempunyai rangka luar yang keras sebagai perlindungan
·         Sistem pencernaan yang terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu:-
§  Gut pangkal (mulut, esophagus, tembolok dan proventrikulus)
§  Gut tengah (perut)
§  Gut hujungan (rectum dan anus)
·         Sistem perkumuhan yang terdiri daripada:-
§  Tubul malpigi
§  Anus
·         Sistem peredaran yang terdiri daripada:-
§  Jantung
§  Aorta
·         Sistem pernafasan yang merangkumi:-
§  Trakea(menghubungkan diantara sistem trakea ke atmosfera melalui satu bukaan yang dikenali sebagai spirakel)
·         Sistem saraf terdiri daripada:-
§  Otak
§  Saraf tunjang
§  Organ deria
·         Mempunyai organ seks yang berasingan
·         Sistem darah terdiri daripada plasma dan sel darah putih
·         Merupakan haiwan yang paling maju dan Berjaya berbanding dengan haiwan yang lain. Kerana:-
§  Boleh hidup bebas dalam air, tanah, udara dan sebagai parasite
§  Mempunyai banyak spesies
§  Merupakan pesaing terbesar manusia untuk kemandirian
§  Saiz yang kecil, hanya memerlukan sedikit makanan untuk hidup
§  Kebanyakannya bersayap dan boleh terbang
§  Rangka luar yang berkitin dapat haling kehilangan air




3.0          PENGKELASAN ATROPODA

FILUM
KELAS
ORDER
FAMILI
GENUS
SPESIES






A
R
T
R
O
P
O
D
A
 DIPLOPODA
Spirospeptida
Spirospeptidae
Orthoporus
Orthoorus ornatus
INSECTA
Hmiptera
Lygeidae
Lygaeus
Lygaeus kalmii
Diptera
Drosophiladae
Drosophila
Drosophila melanogaster
Ledioptera
Sphingidae
Manduca
Manduca sexta
ARACHNIDA
Araneida
Araneidae
Micrathena
Micrathena sp.
Acarina
ixodidae
Dermacentor
Dermacnetor sp.
Solifugae
Eremobatidae
Eeremobates
Eremobates sp.
CRUSTACEA
Branchiopoda
Branchinectidae
Branchinecta
Branchinecta sp.
Notostraca
Triopsidae
Triops
Triops longicaudatusp.



4.0          KEPENTINGAN UMUM ATROPOD DALAM PERUBATAN


4.1          Infestasi
·         Infestasi ialah kehadiran atropod dalam tubuh manusia. Kehadiran atropod dalam badan manusia pada bahagian luar (pedikulosis), subkutin (skabies), dalam tubuh (miasis).
·         Apabila terdapat kehadiran atropod dalam tubuh manusia ianya boleh menyebabkan infeksi yang serius. Contohnya berlaku inflamasi pada lapisan subkutin.

4.2          Gigitan dan sengatan
·         Kebanyakan atropod seperti nyamuk, lalat, kutu, pijat dan lain-lain boleh memberikan sengatan dan gigitan yang boleh menyebabkan badan bertindakbalas dan akhirnya berlaku inflamasi, sama ada bahagian luar badan mahupun di dalam badan.
·         Sengatan daripada haiwan seperti kalajengking, lebah, tebuan mengandungi bahan toksik yang boleh membawa kematian jika serius.

4.3          Bendalir beracun
·         Terdapat beberapa jenis atropod yang berbulu seperti ulat bulu dan beberapa jenis serangga boleh mengeluarkan cecair beracun yang boleh menyebabkan rasa gatal dan kemerahan pada kulit.
·         Racun yang ada pada kumbang boleh menyebabkan kulit manusia melepuh dan menyakitkan jika bersentuhan, ianya boleh membawa kepada kecederaan yang serius.

4.4          Tindakbalas alergi
·         Tindakbalas alergi berlaku apabila serangga yang merembeskan racun pada kulit. Racun tersebut mengandungi protein yang mana ianya boleh memberikan tindak balas alergi.
·         Kerana, racun tersebut mengandungi bahan-bahan kompleks protein yang mampu bertindakbalas dengan sistem imun manusia dan menghasilkan tindak balas alergi.


4.5          Entomofobia
·         Entomofobia ialah individu yang takut dengan serangga. Ianya disebabkan oleh kebanyakan serangga jika disentuh boleh menyebabkan kecederaan yang serius. 

5.0          ARTROPOD SEBAGAI VEKTOR KEPADA PENYAKIT

5.1          Penularan siklopropagatif
·         Merupakan agen penyebab mengalami perubahan bentuk dan penambahan bilangan di dalam vector.
·         Contohnya parasite malaria dalam nyamuk. Parasite tersebut akan berubah bentuk daripada tidak matang sehingga matang dan menambahkan bilangan untuk ditransmisikan kepada manusia.

5.2          Penularan siklodevelopmental
·         Penularan siklodevelopmental ialah berlaku perubahan bentuk tetapi tidak mengalami penambahan bilangan pada vector.
·         Contohnya, mikrofilaria dalam perut nyamuk. Mikrofilaria merupakan agen penyebab yang tidak akan mengalami penambahan bilangan kerana ianya hanya terdapat satu sahaja didalam perut nyamuk.

5.3          Penularan propagative
·         Penularan propagative ialah tidak berlaku perubahan bentuk tetapi mengalami penambahan bilangan agen penyebab di dalam badan kutu.
·         Contohnya, virus demam kuning yang ada pada badan kutu.

5.4          Penularan transovarial
·         Agen penyebab dapat menembusi ovary vector dan menyebabkan peringkat tidak matang atau larva yang dihasilkan dari telur terinfeksi.
·         Agen penyebab menembusi ovary kerana untuk mendapatkan sumber nutrient bagi memanjangkan jangka hidup.
·         Contohnya, virus, spiroket, riketsia dalam sengkenit dan tungau.


Vektor
Agen Penyebab
Penyakit
Nyamuk
Plasmodium falciparum
Malaria
Lalat
Vibrio cholera
Kolera
Lalat pasir
Leihmania sp.
Leishmaniasis
Sengkenit
Borrelia duttoni
Demam Relapsing
Tungau
Borrelia duttoni
Demam Ricketsia
Langau
Chrysomya megacephala
Miasis
Pinjal
Pulex irritans
Penyakit plug
Pepijat
Cimex sp.
Chagas
Lalat rumah
Muca domestica
Miasis

6.0          LAMPIRAN

Nama spesies
Gambar
Orthoorus ornatus
Lygaeus kalmii
Dorsophila melanogaster
Manduca sexta
Micrathena sp.
Dermacnetor sp





Eremobates sp.

Brancinecta sp.

Triops longicaudatu sp.
7.0          RUJUKAN

7.1          Internet:

Ø  http://colinlmiller.com/wildlife/hemiptera/hemiptera.htm
Ø  http://colinlmiller.com/wildlife/diptera/diptera3.htm
Ø  http://colinlmiller.com/wildlife/arachnida/arachnida.htm
Ø  http://colinlmiller.com/wildlife/crustacea/crustacea.htm
Ø  http://ciliphilintang.blogspot.com/2012_05_01_archive.html
Ø  http://www.scribd.com/doc/81353191/Vektor-Penyakit
Ø  http://puskesmas-wanasari-brebes.blogspot.com/2011/04/vektor-penyakit-menular-pinjal-larva.html
Ø  http://bugguide.net/node/view/91197/tree
Ø  http://adityasaintares.blogspot.com/2012/01/arthropoda.html#more
Ø  http://hadibanderas.blogspot.com/2012/07/entomologi-dan-fitopatologi_29.html