1.0
PENGENALAN
Apheresis dikenali sebagai
hemapheresis iaitu proses pengasingan darah. Proses pengasingan darah ialah
proses dimana komponen-komponen seperti plasma, SDM, SDP dan platlet diasingkan
mengunakan teknik-teknik apheresis yang betul. Biasanya apheresis dilakukan
menggunakan mesin supaya tidak berlaku kesalahan semasa proses tersebut. Selepas
komponen darah diasingkan, ianya perlu dimasukkan semula kedalam badan penderma
ataupun pesakit.
Penderma
bagi prosedur apheresis telah meningkat terutamanya dari segi penghasilan dan
bekalan platlet di tabung darah di mana produk dari platletapheresis ini telah
menyumbang lebih daripada ¼ bekalan platlet di tabung darah.
Teknik
apheresis boleh dilakukan menggunakan dua cara iaitu secara manual dan secara
automasi. Aferesis adalah
satu proses pengeluaran plasma dan platelet, kemudian mengembalikan semula sel
darah merah kepada penderma dengan menggunakan mesin khas yang sangat mudah.
Masa yang diambil untuk menderma adalah di antara 30 minit hingga 45 minit bagi
plasma dan 45 minit hingga 75 minit untuk menderma platelet. Oleh kerana
melalui pendermaan aferesis sel darah merah penderma tidak diambil, penderma
boleh menderma dengan lebih kerap. Tempoh antara pendermaan ialah setiap 2
minggu sekali.
2.0
STANDARD OPERATING PROCEDURE
SOP yang digunakan dalam teknik
apheresis menggunakan dua kaedah yang utama iaitu secara manual dan automasi.
Prosedur-prosedur yang penting dalam teknik apheresis ialah kriteria-kriteria
penderma. Ianya sangat diambil berat untuk mengelakkan sebarang kecderaan
semasa apheresis dijalankan.
Kriteria-kriteria
yang perlu dipenhui oleh penderma ialah:
a.
Umur
17 tahun dan keatas
b.
Berat
badan melebihi 45 kg
c.
Mempunyai
tekanan darah yang normal (80/100), suhu badan yang normal(370C) dan
denyutan nadi yang normal.
d.
Tidak
mengambil sebarang ubat-ubatan seperti aspirin, paracetamol dan lain-lain dalam
masa 36 jam sebelum melaksanakan teknik apheresis.
e.
Bebas
daripada sebarang penyakit berjangkit. Conothnya, hepatitis, HIV dan lain-lain.
Kaedah manual:
Secara
manual, teknik ini memerlukan’multiple bag’ dan rfrigerted centrifuge’. Kaedah
manual jarang digunakan kerana cenderung untuk terkontaminasi daripada
bakteria-bakteria lain. Ianya boleh menyebabkan reaksi transfuse.
Prosedur
kaedah manual yang pertama sekali ialah darah diambil sebanyak 450 ml dan
dimasukkan dalam ‘anticoagulated mulit-pack blood collection system’. Ianya
untuk mengelkkan darah daripada membeku. Setelah dimasukkan ke dalam beg, ianya
perlu diempar untuk mendapatkan lapisan-lapisan bagi memudahkan proses
pengasingan.
Komponen-komponen
yang diperlukan sama ada plasma, SDM, SDP atau platlet akan dimasukkan ke dalam
satelit bag dan dismpan. Komponen-komponen darah yang tidak digunakan akan dicairkan
dalam larutan sline dan dimasukkan semula kepada penderma.
Kaedah automasi:
Kaedah
automasi merupakan kaedah yang selalu digunakan kerana ianya cepat dan boleh
mengurangkan kontaminasi pada darah. Menggunakan mesin untuk mengasingkan komponen-kompeonen
darah. Kaedah automasi boleh dibahagikan kepada 3 cara iaitu:
1.
Continuous
flow centrifugation
Kaedah
ini memerlukan 2 veinpuncture, salah satu untuk mengeluarkan darah dan satu
lagi untuk memasukkan semual darah. Kaedah ini digunakan untuk membuang
partikel-partikel. Continuous flow centrifugation terbahagi kepada 3 iaitu
hollow bowl centrifuge, multi chamber bowl centrifuge dan bucket centrifuge.
·
Hollow
bowl centrifuge:
Merupakan
proses pengasingan yang panjang, dimana darah akan dipam hingga ke bahagian
bawah bowl dan mengasingkan partiekl-partikel utama pada darah.
·
Multi-chamber
centrifuge:
Menggunakan
mangkuk (hollow bowl) dimana disc akan diletkkan di dalam mangkuk tersebut dan
asingkan darah. Kaedah ini merupakan kaedah yang jarang dilakukan kerana boleh
menyebabkan percampuran komponen-komponen yang hendak diasingkan.
·
Bucket
centrifuge:
Digunakan untuk mengambil komponen
darah yang banyak. menggunakan daya penekanan yang tinggi.
2.
Intermittent
flow centrifugation
Kaedah
ini memerlukan 1 veinpuncture sahaja, dimana pengeluaran dan kemasukan adalah
pada laluan yang sama. Proses ini merupakan proses yang melibatkan kitaran.
Ianya bermaksud, semasa pengambilan darah, ianya akan berputar dan dimasukkan
semula ke dalam badan penderma. Anticoagulant akan dihasilkan secara automatic
untuk mengelkkan darah daripada beku.
3.
Membrane
fitration
Kaedah
membrane filtration biasanya digunakan untuk apheresis terapeutik. Kerana
mempunyai membrane yang saiz-saiz liang yang tertntu yang duperbuat daripada
bahan seperti propylene cellulose dan polyvinyl chloride
3.0
JENIS-JENIS APHERESIS
3.1
Plasmapheresis
Plasmapheresis
ialah proses dimana plasma diasingkan daripada darah penuh. Dan mengembalikan
semula sel kepada penderma dan hanya sel plasma sahaja yang dimasukkan ke dalam
badan pesakit. Plasma yang dikumpulkan adalah sama seperti fresh frozen plasma.
Isipadu plasma yang biasanya dikumpul sebanyak 600 ml.
Terdapat
dua jenis plasmapheresis iaitu jenis yang biasa dan jenis bersiri.
Plasmapheresis yang biasa atau dikenali sebagai ‘occasional programme’
bermaksud penderma akan mendermakan plasma setiap 8 minggu sekali bersamaan
dengan pendermaan penuh.
Jenis
bersiri pula, pendermaan plasma akan dilakukan setiap 48 jam jika keadaan
penderma berada dalam keadaan yang boleh menderma. Jumlah isipadu plasma yang
boleh didermakan untuk jenis bersiri ini ialah tidak melebihi 1000 ml.
3.2
Platletpheresis
Platletpheresis
adalah pengasingan komponen-komponen platlet daripada darah penuh. Proses ini
juga boleh dikenali sebagai thrombocytopheresis. Platlet selalunya digunakan
untuk merawat pesakit yang menghidapi penyakit kekurangan factor pembekuan,
contohnya haemophilia. Proses pengasingan paltlet mengunakan kaedah intermittent
atau continuous flow centrifuge.
Isipadu
platlet yang diambil hendaklah melebihi 150 x 109 L (150 000 mm3).
Proses pengasingan platlet ini mengambil masa selama 1-2 jam. Platlet yang
didermakan boleh disimpan dalam masa tempoh 5 hari sahaja. Kerana komponen
platlet tidak boleh dibiarkan pada jangka masa yang lama. Individu yang hendak
menderma darah boleh menderma untuk kali kedua selepas 48 jam dan tidak boleh
menderma sebanyak 24 kali dalam setahun.
3.3
Leukopheresis
Leukopheresis
ialah proses pengasingan leukosit daripada darah penuh dengan cara
menggemparkan darah penuh dan mengembalikan semula komponen sel darah merah,
platlet dan leukocyute-poor plasma kepada penderma. Pendermaan leukosit
biasanya digunakan untuk pesakit yang kekurangan leukosit. Dan sestengahnya
yang mengalami leukaemia.
Paras
granulosit penderma seharusnya melebihi 4x 109 / L (40000/mm3).
Paras granulosit boleh ditngkatkan dengan penggunaan bahan panggalak
pembentukkan rouleaux seperti ‘Hydroxytehyl starch’ atau dextran untuk menggalakan
sedimentasi semasa proses pengemparan dilakukan
4.0
APLIKASI APHERESIS
4.1
Aplikasi
Apheresis dalam bidang rawatan terapeutik
Digunakan
dalam merawat pesakit yang menghidapi pelbagai jenis penyakit dimana sel plasma
atau komponen plasma diasingkan dan dikeluarkan daripada sirkulasi darah
pesakit dan digantikan dengan plasma normal atau normal sline atau larutan
albumin.
Prinsip
/ teori bagi kegunaan dan kelebihan apheresis ialah:
-
Darah
pesakit yang mengandungi bahan patogenik boleh dikeluarkan melalui proses
apheresis, dapat menurunkan parasnya dalam pesakit yang akan mempengaruhi
perkembangan penyakit dengan berkesan untuk ke arah pemulihan
-
Bahan
essential yang kurang atau tidak hadir dalam darah pesakit boleh dibekalkan dalam
larutan replacement.
JENIS-JENIS RAWTAN APHERESIS:
·
Plasmapheresis:
Pengasingan
dan pembuangan plasma yang mengandugi autoantibodi dan kompleks
antigen-antibodi dalam sirkulasi darah bagi penyakit-penyakit seperti
myasthenia gravis, goodpasture`s syndrome, systemic lupus erythematosus.
Pengasingan
dan pembuangan plasma yang mengandungi kadungan protein yang berlebihan dalam
penyakit seperti waldenstorm`s macroglobulinemia, hypeviscosity syndromes,
paraproteinemia dan cryglobulinemia.
·
Platletpheresis:
Dilakukan
apabila berlaku keadaan seperti thrombocytosis dimana platlet > 1 x 106
/ ul. Dan bersifat asimptomatik.
·
Leukopheresis:
Dilakukan
untuk kes-kes yang kebanyakannya terdiri daripada kes leukaemia iaitu kandungan
leukosit yang tinggi dalam darah.
4.2
Aplikasi
Apheresis dan kepentingan dalam pendermaan
Proses
apheresis adalah penting dalam penyediaan komponen darah untuk kajian terapi
untuk keadaan-keadaan yang memerlukan rawtan daripada komponen darah.
Berikut
merupakan komponen-komponen darah yang ditranfusikan untuk merawat penyakit:
·
Platletpheresis:
-
Merupakan
kaedah yang paling kerap dan penting dalam pengasingan dan pembekalan patlet
yang mempunyai antigen HLS yang serasi dengan pesakit di mana pesakit yang
mengalami thrombositopenia akibat kegagalan sum-sum tulang untuk proses
hemtopoesis.
·
Leukopheresis:
-
Penting
untuk menghasilkan leukosit, terutamanya
granulosit dan seterusnya dibekalkan kepada pesakit untuk membantu melawan
infeksi.
·
Plasmapheresis:
-
Penting
untuk menyediakan komponen seperti fakotr pembekuan yang terdapat dalam plasma.
Selalunya pesakit haemophilia
5.0
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
5.1 Kebaikan:
·
Kurang risiko untuk
penyakit tularan transfuse darah (TTD), contohnya HIV, Hepatitis dan malaria .
·
Semua komponen darah diasingkan
dalam keadaan steril untuk mengelakkan kontaminasi.
·
Prosedur yang selamat
dan tidak menyakitkan.
·
Pendermaan yang kerap.
Boleh menderma 2 kali seminggu ( 24 kali dalam setahun ).
·
Penderma tidak
berisiko mengalami pendarahan yang banyak. Oleh itu, tidak berisiko untuk
mendapat anemia.
·
Teknik yang
menggunakan sistem tertutup.
·
Pengumpulan plasma
atau platlet dalam kuantiti yang banyak.
5.2 keburukan:
·
Tidak sesuai untuk
transfuse semasa pembedahan
·
Risiko ketidakserasian
darah amat tinggi.
·
Tidak sesuai untuk
pesakit yang memerlukan darah penuh.
·
Kos yang tinggi dan
mahal.
·
Menggunakan kepakaran
yang tinggi untuk automasi.
·
Proses yang lama
kerana mengambil masa lebih kurang 2 jam
6.0
LAMPIRAN
Rajah
6.1 Mesin apheresis
Rajah
6.2 komponen plasma yang
diasingkan
Rajah
6.4 mesin apheresis
Rajah
6.5 teknik apheresis
Rajah
6.6 proses apheresis
7.0
RUJUKAN
7.1 Internet:
·
https://www.google.com.my/search?q=continuous+flow+centrifugation&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=itnIUarZKITsrAe83oDwBA&ved=0CDIQsAQ&biw=1252&bih=523
·
http://en.wikipedia.org/wiki/Apheresis
·
http://bio-pro.blogspot.com/2013/05/centrifugation-rotors.html
·
www.transfusionmedicineauthority.com/Apheresis.pdf
·
https://www.google.com.my/search?gs_rn=17&gs_ri=psy-ab&suggest=p&cp=4&gs_id=77&xhr=t&q=apheresis&bav=on.2,or.r_qf.&bvm=bv.48293060,d.bmk&biw=1252&bih=501&um=1&ie=UTF-8&hl=en&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&ei=AuvIUfj0G82CrgehioCICQ#facrc=0%3Bapheresis%20machine&imgdii=_&imgrc=
·
http://www.google.com.my/imgres?imgurl=&imgrefurl=http://en.wikipedia.org/wiki/Apheresis&h=0&w=0&sz=1&tbnid=ldN4yw-Jyv8pbM&tbnh=184&tbnw=176&zoom=1&docid=Vbxt6a5nLWy6XM&hl=en
·
http://www.google.com.my/imgres?imgurl=&imgrefurl=http%3A%2F%2Fapps.pathology.jhu.edu%2Fblogs%2Fpathology%2Fbeing-an-apheresis-volunteer-platelet-donor&h=0&w=0&sz=1&tbnid=x8HbmIYbklsJGM&tbnh=364&tbnw=138&zoom=1&docid=Jr1wy-kMFyqpUM&hl=en&ei=2uvIUZz5KMTVrQex3oDQBQ&ved=0CAEQsCU
·
https://www.google.com.my/search?q=leukopheresis&bav=on.2,or.r_qf.&bvm=bv.48293060,d.bmk&biw=1252&bih=501&um=1&ie=UTF-8&hl=en&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&ei=PezIUcf5BM-IrAfP7oCABw#facrc=_&imgdii=_&imgrc=vKV5VNXtFO4F8M%3A%3BG0c503SdRWsSYM%3Bhttp%253A%252F%252Fmedimagery.com%252Fhealth_promotion%252FLeukapheresis%252FLeukapheresis_white-blood-
·
https://www.google.com.my/search?q=leukopheresis&bav=on.2,or.r_qf.&bvm=bv.48293060,d.bmk&biw=1252&bih=501&um=1&ie=UTF-8&hl=en&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&ei=PezIUcf5BM-IrAfP7oCABw#facrc=_&imgdii=_&imgrc=LM5AamCiiu6H6M%3A%3BFcIxfn3KtMXssM%3Bhttp%253A%252F%252Fwww.nature.com%252Fnri%252Fjournal%252Fv1%252Fn3%252Fimages%252Fnri1201-209a
7.2 Buku :
·
John
Marstern Walker. 2009. Molecular Biology & Biotechnology. Ed ke 4. m/s 467.
No comments:
Post a Comment