1.0
PENGENALAN KEPADA ATROPODA
Atropoda ialah sejeneis filum yang terdiri daripada
haiwan invertebrate dengan badan yang bersegmen. Ianya bermaksud tidak
mempunyai tulang belakang dan jarak diantara kedua-dua badan adalah sama. Filum Arthropoda (dalam bahasa latin, Arthra = ruas
, buku, segmen ; podos = kaki) merupakan haiwan yang memiliki ciri kaki beruas,
berbuku, atau bersegmen.Segmen tersebut juga terdapat pada tubuhnya. Badan
Arthropoda merupakan simeri bilateral dan tergolong tripoblastik selomata. Arthropoda
adalah filum yang paling besar dalam dunia haiwan dan merangkumi serangga,
laba-laba, kala jengking dan lain-lain.
Tubuh Arthropoda
beruas-ruas, dan terbagi atas caput atau kepala, thorax atau dada, dan abdomen
atau perut. Mempunyai eksoskeleton (rangka luar) yang tersusun atas zat kitin.
Sistem peredaran darah terbuka, dalam darah tidak mengandungi hemoglobin,
sehingga darah hanya berfungsi mengedarkan sari-sari makanan dan oksigen
diedarkan melalui sistem trakea. Artropod ada yang bernafas dengan trakea,
insang, paru-paru buku, dan difusi melalui seluruh permukaan tubuh. Alat
ekskresi berupa badan malphigi dan nefridia. Pembiakan secara seksual dengan
peleburan gamet jantan (sperma) dan gamet betina (ovum). Mempunyai simetri
tubuh dua hala, iaitu apabila dibelah dari satu paksi hanya menghasilkan sisi
kanan dan sisi kiri.
Tubuh serangga
dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu: kepala, toraks, dan abdomen. Kepala
terdiri dari satu segmen merupakan daerah yang jelas pembawa kebanyakan organ
sensori serangga seperti mata, antenna, dan alat mulut. Toraks terdiri dari 3
segmen dan merupakan bagian yang terberat dari tubuh, dan pembawa kaki serta
sayap bila telah ada. Abdomen terdiri dari 11 segmen atau kurang; biasanya ia
tidak mempunyai anggota gerak, segmen pada bagian posterior mempunyai fungsi
khusus untuk reproduks
2.0
CIRI-CIRI ATROPODA
·
Dikategorikan
sebagai haiwan invertebrate dengan badan bersegmen.
·
Bersimetri
bilateral dan apendaj yang bersambung.
·
Mempunyai
rangka luar yang keras sebagai perlindungan
·
Sistem
pencernaan yang terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu:-
§
Gut
pangkal (mulut, esophagus, tembolok dan proventrikulus)
§
Gut
tengah (perut)
§
Gut
hujungan (rectum dan anus)
·
Sistem
perkumuhan yang terdiri daripada:-
§
Tubul
malpigi
§
Anus
·
Sistem
peredaran yang terdiri daripada:-
§
Jantung
§
Aorta
·
Sistem
pernafasan yang merangkumi:-
§
Trakea(menghubungkan
diantara sistem trakea ke atmosfera melalui satu bukaan yang dikenali sebagai
spirakel)
·
Sistem
saraf terdiri daripada:-
§
Otak
§
Saraf
tunjang
§
Organ
deria
·
Mempunyai
organ seks yang berasingan
·
Sistem
darah terdiri daripada plasma dan sel darah putih
·
Merupakan
haiwan yang paling maju dan Berjaya berbanding dengan haiwan yang lain.
Kerana:-
§
Boleh
hidup bebas dalam air, tanah, udara dan sebagai parasite
§
Mempunyai
banyak spesies
§
Merupakan
pesaing terbesar manusia untuk kemandirian
§
Saiz
yang kecil, hanya memerlukan sedikit makanan untuk hidup
§
Kebanyakannya
bersayap dan boleh terbang
§
Rangka
luar yang berkitin dapat haling kehilangan air
3.0
PENGKELASAN ATROPODA
FILUM
|
KELAS
|
ORDER
|
FAMILI
|
GENUS
|
SPESIES
|
A
R
T
R
O
P
O
D
A
|
DIPLOPODA
|
Spirospeptida
|
Spirospeptidae
|
Orthoporus
|
Orthoorus ornatus
|
INSECTA
|
Hmiptera
|
Lygeidae
|
Lygaeus
|
Lygaeus kalmii
|
|
Diptera
|
Drosophiladae
|
Drosophila
|
Drosophila melanogaster
|
||
Ledioptera
|
Sphingidae
|
Manduca
|
Manduca sexta
|
||
ARACHNIDA
|
Araneida
|
Araneidae
|
Micrathena
|
Micrathena sp.
|
|
Acarina
|
ixodidae
|
Dermacentor
|
Dermacnetor sp.
|
||
Solifugae
|
Eremobatidae
|
Eeremobates
|
Eremobates sp.
|
||
CRUSTACEA
|
Branchiopoda
|
Branchinectidae
|
Branchinecta
|
Branchinecta sp.
|
|
Notostraca
|
Triopsidae
|
Triops
|
Triops longicaudatusp.
|
4.0
KEPENTINGAN UMUM ATROPOD DALAM
PERUBATAN
4.1
Infestasi
·
Infestasi
ialah kehadiran atropod dalam tubuh manusia. Kehadiran atropod dalam badan
manusia pada bahagian luar (pedikulosis), subkutin (skabies), dalam tubuh
(miasis).
·
Apabila
terdapat kehadiran atropod dalam tubuh manusia ianya boleh menyebabkan infeksi
yang serius. Contohnya berlaku inflamasi pada lapisan subkutin.
4.2
Gigitan
dan sengatan
·
Kebanyakan
atropod seperti nyamuk, lalat, kutu, pijat dan lain-lain boleh memberikan
sengatan dan gigitan yang boleh menyebabkan badan bertindakbalas dan akhirnya
berlaku inflamasi, sama ada bahagian luar badan mahupun di dalam badan.
·
Sengatan
daripada haiwan seperti kalajengking, lebah, tebuan mengandungi bahan toksik
yang boleh membawa kematian jika serius.
4.3
Bendalir
beracun
·
Terdapat
beberapa jenis atropod yang berbulu seperti ulat bulu dan beberapa jenis
serangga boleh mengeluarkan cecair beracun yang boleh menyebabkan rasa gatal
dan kemerahan pada kulit.
·
Racun
yang ada pada kumbang boleh menyebabkan kulit manusia melepuh dan menyakitkan
jika bersentuhan, ianya boleh membawa kepada kecederaan yang serius.
4.4
Tindakbalas
alergi
·
Tindakbalas
alergi berlaku apabila serangga yang merembeskan racun pada kulit. Racun
tersebut mengandungi protein yang mana ianya boleh memberikan tindak balas
alergi.
·
Kerana,
racun tersebut mengandungi bahan-bahan kompleks protein yang mampu
bertindakbalas dengan sistem imun manusia dan menghasilkan tindak balas alergi.
4.5
Entomofobia
·
Entomofobia
ialah individu yang takut dengan serangga. Ianya disebabkan oleh kebanyakan
serangga jika disentuh boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
5.0
ARTROPOD SEBAGAI VEKTOR KEPADA PENYAKIT
5.1
Penularan
siklopropagatif
·
Merupakan
agen penyebab mengalami perubahan bentuk dan penambahan bilangan di dalam
vector.
·
Contohnya
parasite malaria dalam nyamuk. Parasite tersebut akan berubah bentuk daripada
tidak matang sehingga matang dan menambahkan bilangan untuk ditransmisikan
kepada manusia.
5.2
Penularan
siklodevelopmental
·
Penularan
siklodevelopmental ialah berlaku perubahan bentuk tetapi tidak mengalami
penambahan bilangan pada vector.
·
Contohnya,
mikrofilaria dalam perut nyamuk. Mikrofilaria merupakan agen penyebab yang
tidak akan mengalami penambahan bilangan kerana ianya hanya terdapat satu
sahaja didalam perut nyamuk.
5.3
Penularan
propagative
·
Penularan
propagative ialah tidak berlaku perubahan bentuk tetapi mengalami penambahan
bilangan agen penyebab di dalam badan kutu.
·
Contohnya,
virus demam kuning yang ada pada badan kutu.
5.4
Penularan
transovarial
·
Agen
penyebab dapat menembusi ovary vector dan menyebabkan peringkat tidak matang
atau larva yang dihasilkan dari telur terinfeksi.
·
Agen
penyebab menembusi ovary kerana untuk mendapatkan sumber nutrient bagi
memanjangkan jangka hidup.
·
Contohnya,
virus, spiroket, riketsia dalam sengkenit dan tungau.
Vektor
|
Agen
Penyebab
|
Penyakit
|
Nyamuk
|
Plasmodium falciparum
|
Malaria
|
Lalat
|
Vibrio cholera
|
Kolera
|
Lalat
pasir
|
Leihmania sp.
|
Leishmaniasis
|
Sengkenit
|
Borrelia duttoni
|
Demam
Relapsing
|
Tungau
|
Borrelia duttoni
|
Demam
Ricketsia
|
Langau
|
Chrysomya megacephala
|
Miasis
|
Pinjal
|
Pulex irritans
|
Penyakit
plug
|
Pepijat
|
Cimex sp.
|
Chagas
|
Lalat
rumah
|
Muca domestica
|
Miasis
|
6.0
LAMPIRAN
Nama
spesies
|
Gambar
|
Orthoorus ornatus
|
|
Lygaeus kalmii
|
|
Dorsophila melanogaster
|
|
Manduca sexta
|
|
Micrathena sp.
|
|
Dermacnetor sp
|
Eremobates sp.
|
|
Brancinecta sp.
|
|
Triops longicaudatu sp.
|
7.0
RUJUKAN
7.1
Internet:
Ø
http://colinlmiller.com/wildlife/hemiptera/hemiptera.htm
Ø
http://colinlmiller.com/wildlife/diptera/diptera3.htm
Ø
http://colinlmiller.com/wildlife/arachnida/arachnida.htm
Ø
http://colinlmiller.com/wildlife/crustacea/crustacea.htm
Ø
http://ciliphilintang.blogspot.com/2012_05_01_archive.html
Ø
http://www.scribd.com/doc/81353191/Vektor-Penyakit
Ø
http://puskesmas-wanasari-brebes.blogspot.com/2011/04/vektor-penyakit-menular-pinjal-larva.html
Ø
http://bugguide.net/node/view/91197/tree
Ø
http://adityasaintares.blogspot.com/2012/01/arthropoda.html#more
Ø
http://hadibanderas.blogspot.com/2012/07/entomologi-dan-fitopatologi_29.html
No comments:
Post a Comment